SeLaMat...
Bismilllahirrahmanirrahim..

Sesungguhnya Dia yang Maha Kuasa yang menentukan segala yang terbaik untuk hambaNya
Justeru itu..
Dukacitanya dimaklumkan sahabat kita dari kelas 5 Ikhlas akhuna ABDULLAH MUBARAK HASANUDDIN akan berangkat ke....untuk melanjutkan pelajarannya disana

Tempat : Sana', Yaman
Flight : 7 p.m.(Khamis-31/12/09)
Tempoh : 14 jam perjalanan

Beliau juga memberi sedikit pesanan untuk semua ahli batchsebelas :
"Ana minta maaf kepada semua sahabat ahli batch 11 dan mohon antum semua doakan ana disana nanti ye"kata Mubarak


Kami semua sentiasa doakan yang terbaik untuk ahli batch 11..khususnya ahli kelas kita

Semoga pemergian kamu ke Yaman menjadikan sebagai bekalan untuk mempersiapkan diri untuk menjadi pembela agama Allah..

Bile dah ada kat sana jangan lupa kami ye..All the best...


kenangan bersama ikhwah 5 Ikhlas

maafkan segala kesalahan ana ye ustaz/ah..doakan ana

Hmm..nampaknya nta adalah orang pertama dari kelas kita yang fly dulu...cipta sejarah bro..
SeRuAn iTu..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ku biarkan pena menulis
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan minda berfikir

Firman Allah:
"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka,mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan.Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.(al-Furqan : 63-64)

Alhamdulillah bersyukur kita sekalian kepada Tuhan yang tidak henti-henti memberikan kita kesempatan dan nikmat untuk teru hidup di atas muka bumiNya
Dalam ayat diatas dapat kita simpulkan bahawa sifat seorang dai ada 3 perkara :

1)Tawadhu'(rendah diri)
Ramai mungkin dikalangan dai yang asyik menceritakan kelebihan diri dan menganggap dirinya terbaik berbanding yang lain tanpa menyedari hakikat dirinya

2)Balasan yang baik
Sifat seorang dai itu apabila dicerca,dihina,dimaki hendaklah bersabar dan membalasnya dengan mengucapkan kata-kata yang hasanah dan mendoakan yang terbaik untuk madu'nya
"Apabila kita dibaling dengan batu,hendaklah kita membalasnya dengan buah" (al-Banna)

Begitu juga dengan kisah ketika di Taif diimana Baginda Ar-Rasul dibaling batu hingga berdarah sehingga datang malaikat bertanyakan kepada Nabi adakah Baginda mahu bumi Taif itu diterbalikkan,Namun Baginda menyatakan jika tidak mereke beriman dan menerima ajaran ini anak cucu mereka mungkin satu hari nanti kan menerimanya dan Baginda berdoa:
"Ya Allah berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui"

3)Bangun munajat di malam hari
Perkara yang mungkin sukar bagi kita untuk melazimkan diri bangun bertahajjud di tengah malam.Namun persepsi ini perlu diubah khususnya bagi para duat kerana tahajud itu sendiri merupakan kekuatan bagi merapatkan lagi hubungan dengan Allah dan meneruskan perjuangan membawa amanah dan risalah yang berat ini.

Firman Allah :
"Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan(amanah) yang berat kepada kamu"
(al-Muzzammil:5)

Disini juga penulis menitipkan sebuah lirik nasyid perjuangan sebagai renungan untuk kita terus bersemangat dalam membawa risalah agung ini di lembaran yang baru bagi 1430 H/2010M..Selamat Tahun Baru ye semua...

bersama ikhwah akhawat social science G11

Munsyid : Izzatul Islam


Hai Mujahid Muda
Maju kehadapan
Sibakkan penghalang
Satukan tujuan
Kibarkan panji Islam dalam satu barisan
Bersama berjuang kita junjung keadilan
Jangan bimbang ragu
Tetaplah melaju
Hapus bayang semu
Di lubuk hatimu
Bergerak kedepan bagai gelombang samudra
Lantakkan tirani runtuhkan angkara murka
MAjulah wahai mujahid muda
Dalam satu cita tegak keadilan
Singkarkan batas satukan kata
Kebangkitan ISlam telah datang

SiMpLe Is GrEaT..
Doakan berjaya didunia dan akhirat..jadi insan berguna untuk kebangkitan ummat
Bismillahirrahmanirrahim...
Bersyukur kepada Allah kerana beri kesempatan untuk kita lihat dunia ini dan meneruskan kehidupan kita sebagai seorang muslim

Bersyukur juga kerana kami baru sahaja habis studython f5 dimana banyak yang kami belajar dari program ini.Diharapkan ianya menjadi batu loncatan untuk kita lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM yang akan menjelang tidak lebih kurang 45 hari lagi.

Sekejap sungguh masa berlalu...Cam ne dengan persediaan kita semua ye?Lebih -lebih lagi bila kita lepas dapat result trial baru-baru ini.Ana pasti memang result kita betul-betul menguji keimanan kita semua demi menjadikan kita semua lebih struggle untuk spm tahun ni..

Ingatlah moto kita iaiatu "SIMPLE IS GREAT"

banin 5 ikhlas
Doakan kami berjaya dengan cemerlang di dalam peperksaan spm 09
Download kertas2 percubaan negeri lain
slm..
link ini mempunyai kertas-kertas yang boleh didownload utk persediaan SPM..

http://www.banksoalanspm.com/Download.html

wassalam
[T2]RAMADHAN: BULAN MUHASABAH DIRI

Pada dasarnya manusia dijadikan Allah dalam keadaan fitrah. Semasa membesar pendidikan yang diterima berbeza-beza mengikut faktor pendidikan yang diterima daripada ibu bapa dan keadaan persekitaran. Faktor-faktor ini mengubah dan menjejaskan fitrah kemanusiaan. Amat beruntunglah seseorang jika pendidikan dan tarbiyah yang diterima berpaksikan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Sebaliknya amat rugilah jika amalan hidup bercanggah dengan kedua-dua peninggalan Nabi (Quran & Sunnah).

Allah amat mengetahui keadaan ini. Justeru, diwajibkan berpuasa setiap tahun bagi setiap individu sebagai satu cara untuk muhasabah, mengukur dan memeriksa diri sejauh mana ketaatan telah dilakukan dan sejauh mana kemaksiatan telah ditinggalkan. Introspeksi begini jarang dapat dilakukan di luar bulan puasa. Sebagaimana kenderaan perlu di'overhaul' setelah lama digunakan, begitulah manusia perlu di'overhaul' jasmani dan rohaninya melalui amalan berpuasa. Bulan puasa dalam aspek ini merupakan masa bagi umat Islam menjalani tarbiyah dan kursus pembinaan jasmani dan rohani berlandaskan syariat Islamiah supaya dapat menjalani hidup yang lebih sempurna pada masa hadapan.

Gangguan atau rintangan yang amat mencabar bagi setiap insan ialah syaitan. Syaitan ialah musuh manusia yang utama. Tugas utama dan 'core business' syaitan tidak lain tidak bukan hanya untuk menyesatkan manusia. Setiap detik kerjanya menjahanamkan manusia supaya akan terjun ke neraka seperti mana dirinya yang tiada harapan langsung masuk syurga. Dalam otaknya sudah disetkan begitu. Kita tidak perasan musuh kita yang halus lagi ghaib ini memasang pelbagai strategi untuk memukul kita, manakala kita pula asyik dilalaikan dengan pelbagai tugas, kerja dan amalan harian lain hingga terlupa makhluk syaitan ini hendak memerangkap kita. Nasib baiklah kita ada Allah yang boleh kita minta pertolongan.

Amalan puasa diwajibkan di antara lain ialah untuk memerangi syaitan. Selain berlapar atau menahan diri dari makan dan minum, kita juga dikehendaki puasakan pendengaran, penglihatan dan perkataan. Berlapar dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. Dengan berpuasa syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah kita sebagai lebuhrayanya. Telinga dipuasakan dari mendengar yang haram, mulut dipuasakan dari mengeluarkan kata-kata yang jahat seperti mengumpat dan berbohong manakala mata pula dipuasakan dari melihat perkara yang dilarang atau diharamkan. Jika dilakukan dengan penuh ketaatan syaitan tidak langsung dapat peluang memeragkap kita di bulan ini. Tambahan pula dalam bulan ini dinukilkan bulan terbukanya pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka.

Pendek kata dalam bulan ini, kita mesti menghisab diri dan mengawasi segala tindak laku kita supaya tidak mencemari amalan puasa. Nabi sentiasa mengingatkan kita supaya jangan menyamakan bulan ini dengan bulan-bulan lain. Mesti ada kelainannya kerana inilah keistimewaannya. Jika anggapan kita Ramadan sama dengan bulan-bulan lain, maka peruntukan pahala dan rahsia Ramadhan tidak akan kita perolehi dan kecapi kelazatannya sama sekali.

Setelah mempuasakan segala indera kita dari apa yang dilarang oleh Allah, kita digalakkan mengisi sepanjang Ramadhan dengan amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersedekah, mengaji ilmu agama, sembahyang terawih dan sebagainya. Amalan di bulan puasa dibalas dengan gandaan pahala yang banyak.

Walaupun tidur orang puasa diberikan pahala, namun memperbanyakkan tidur di waktu siang tidaklah digalakkkan sebagaimana tidak digalakkan makan banyak pada waktu malamnya. Semasa berbuka memadalah dengan makanan yang sederhana. Janganlah melampaui batas dalam menyediakan makanan berbuka. Kita perlu mengingatkan diri kita tujuan puasa ialah untuk melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika semasa berbuka kita penuhkan dengan pelbagai juadah, maka seolah-olah kita melayan semula kehendak syaitan dan nafsu. Bermakna tujuan puasa pada hari itu masih samar-samar dan tidak memberi kesan positif. Oleh sebab itu, Nabi saw pernah bersabda ramai orang berpuasa tidak dapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

Syaitan sangat suka sifat membazir malahan mereka yang membazir dikatakan kawan syaitan. Tradisi kebanyakan kita membeli juadah dan kuih-muih yang banyak untuk berbuka adalah membazir kerana semasa berbuka hanya sebahagian yang kita makan; selebihnya dibuang saja.

Akhirnya dapat dibuat kesimpulan bulan puasa adalah bulan bagi umat Islam membuat persiapan diri memperkuatkan benteng jasmani dan rohani melawan godaan syaitan dan nafsu. Jika kita dikalahkan oleh syaitan dalam bulan-bulan lain, dengan bantuan Allah insyallah kita akan menang kerana dapat mengalahkan syaitan pada bulan Ramadhan yang mubarak ini. Kemenangan ini seharusnya tidak dihadkan dalam bulan ini saja; ia perlu dihayati seterusnya pada bulan-bulan berikutnya. Ingatlah kita sedang menjalani kursus dan bengkel mujahadah sepanjang Ramadhan. Budaya sepanjang kursus/bengkel mestilah diteruskan pada bulan-bulan lain. Jika ini berjaya dilakukan barulah dikatakan objektif puasa ini mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita lakukan semoga amalan kita diterima oleh Allah.
[T1] Dosa Berkuku Panjang
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

-Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.

-Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

-Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

-Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

-Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

*And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Tazkirah sepanjang ramadhan
Assalamualaikum..
sini ana ada berita baik.
sepanjang ramadhan ni ana akan post tazkirah sebanyak mungkin demi kebaikan semua
semoga teruskan menziarahi blog ini..

Wassalam
S
Ramadhan bakal menjelma
Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."



Wasalam
Shoutbox
Shoutbox dah ade! silalah tulis bnyk2. smoga tulis benda yang berfaedah.
Assalamualaikom Wa Rahmatullahi Wabarokatuh
Assalamualaikom Wa Rahmatullahi Wabarokatuh

Group ini ditubuhkan khusus bagi pelajar 5 ikhlas 2009 generation 11 dan khusus juga kepada para Du'at yang cintakan kebbenaran dan inginkan Syariat tertegak di muka bumi Allah, Insya'Allah...blog ini dibuat untuk membincangkan tentang dakwah, perihal sekolah,isu semasa, masalah-masalah remaja, isu agama dan lain2 yang bermanfaat dan tidak bercanggah dengan garis panduan Islam.. Blog ini juga sebenarnya adalah sebagai salah satu wasilah bagi menjalankan usaha dakwah.....sebagaimana berdasarkan firman Allah (3:110)~Kuntum Khaira Ummatin ukhrijat linnas ta'muruna bil makruf wa tanhauna anil munkar wa tu'minuunabillah~..kite adalah ummah yang terbaik..dengan syarat kite melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar dan beriman kepada Allah..Ana harap dengan penubuhan blog ini akan menjadikan kita Umat yang terbaik dan mendapat keredhaan Allah, Insya'Allah...Harap kerjasama yang terbaik dapat diberikan...Wassalam
  • BERBUIH LER...


    ShoutMix chat widget

    اﻟﺴﺎﻋﺔ

    VISITOR

    free counter

    أتباع