Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah bersyukur kpd Allah masih sudi memberi nikmat kepada kita semua antaranya nikmat ukhuwah antara kita...sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu terasa semalam baru kita bersua duduk dipertemukn dan mula berkenalan dgn ahli-ahli batch 11
Namun takdir Allah itu paling berkuasa, sahabat kita SYARIFUDDIN akan melanjutkan pelajarannya di YAMAN demi meneruskan perjuangan menggapai cita-cita masing..Takdir Allah itu maha berkuasa menyatukan dan memisahkn kita...Semoga pemergianmu bermanfaat buat diri dan ummah...emoga terus sukses ye Syeikh Syarifuddin..
TARIKH : 2/10/2010
MASA : 7 malam
HARI : Sabtu
TEMPAT : Universiti Iman,Yaman
DARI : KLIA
p/s:tuan punya diri tak beri kebenaran letak gambar..hee
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...
... See more
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu
Benarkah bu?
Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu
Benarkah bu?
Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?
Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?
Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
Mengapa ibu?
Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?
Benarkah ibu?
Benarkah begitu?
adik cuma nak tanya je bu.....
Renung renung kanlah !!!
-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
-Berderai air mata jika kita mendengarnya........
-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA,SIAPA LA KITA.
wassalam.
Ku biarkan kalam berbicara..
Ku biarkan pena merungkai kata-kata..
Ku biarkan minda mentafsir segalanya..
Ku biarkan hidayah menerangi hati yang buta...
Dalam kehidupan yang merungsingkan
Dalam kehidupan yang penuh tohmahan
Dalam kehidupan yang penuh dengan ujian
Tidak lekang manusia itu berbicara
Mulut mereka berbicara manis
penuh dengan janji yang tidak pasti kebenarannya
fitnah melata
Hidup ini terasa gelap sebentar
terasa dunia ini kepunyaanku
Aku lah Tuhan aku lah Raja di dunia ini
Namun
hari demi hari berlalu begitu sahaja
seakan-akan tiada makna
terasa jiwa ini gersang
Ku rasa puas dengan kehidupan sebegini
namun adakah ini yang dikatakan kepuasan
terasa diri memrlukan sesuatu
yang dapat mengisi kekosongan jiwaku
Apakah itu????
Ku buntu....
terpukul diri ini
untuk segera mencari pesoalan ini
semuanya 22 orang(akhawat 12 orang)
Wahai sahabat
Inilah yang dikatakan iman
terasa kehidupan ini berubah
terasa kehidupan ini makin bemakna
Inilah dia yang ku cari selama ini
IMAN....
dengannya
terasa kehidupan ini menyeronokkan
kerna hidup yang dilalui semuanya ibadah
tidak ku sangka seindah ini Islam
mengajar erti hidup sebagai hambaNya
Semuanya dilakukan
untuk tujuan yang satu
untuk tujuan yang sama
iaitu REDHA ILLAHI...
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan
ALFATIHAH.SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT.
Kau titipkan cahaya
Tika ini
Teman
Kaulah insan pertama
Ku bersyukur ya Tuhan
Pasti saat ini sudah tenggelam
Teman
Selamat Hari Lahir yang ke 18 kepada sodiqi Syafiq....semoga dipanjangkan umur, dimewahkan rezeki...dan diberikan barakah yang melimpah ruah dalam kehidupan...Insya Allah...
Amin...
Semoga kita semua dalam rahmat Allah..
Tamim Faruq b Khairul Azmi
akan berangkat dan melanjutkan pelajarannya ke Mesir
Beliau akan buat intensive Arabic Language Training di Nile Language Centre untuk bebeapa bulan
Selepas itu akan melanjutkan pelajaran dalam degree syariah di Cairo University, al Kaherah
Bertolaknya bila?
Tarikh : 28 Feb 2010
Hari : Ahad
Flight : 12.30 a.m. ( KLIA)
Salam perjuangan dari kami ahli batch 11 dan semoga pemergianmu memberi seribu satu manfaat buat ummah
Tidak lupa juga sahabat kita Haziq al-Hafiz sedang menunggu panggilan bukan untuk mati tapi untuk melanjutkan pelajaran di Australia dalam bidang pilot...
semakin lama semakin hilang sinarnya
Tidak lama kemudian
bulan akan melaksanakan tugasnya
tanpa membantah
tanpa ragu
tanppa sedikitpun lambat
Si purnama menyempurnakan tugasnya
itulah ku lihat tugasnya seharian
sambil rakan-rakannya sekeliling
tidak jemu-jemu memuji Tuhan
Terasa manusia kerdil lagi hina
walaupun kalam Ilahi mengatakan manusia
adalah sebaik-baik kejadian
Namun ku rasakan
itu hanya indah pada bicara manusia
hakikatnya ramai manusia jauh dari Tuhan
mengatakan dirinya Islam
tapi apa yang mereka faham tentang Islam
yang mereka anuti itu
Dunia ini semakin tenat wahai saudaraku
banyak sungguh kemaksiatan bermaharajalela
Lihat sahjalah
bila kebaikan dan kebenaran diinjak-injakkan
terasa seperti memegang bara api
Terasa diri ini lemah
sakit hatiku bila melihat maksiat dilakukan begitu sahaja
tanpa segan silu
tak mampu ku hadapi dunia ini
banyak sungguh amanahNya ku abaikan
apalah yang sedang terjadi pada diri ini
Tuhan
dikaulah harapanku
dikaulah kekuatanku
dikaulah sumber inspirasiku
Bantulah hambamu ini
dalam mengahadapi segala
tribulasi dan mehnah yang berat ini
Tuhan
kau sahajalah tempat ku mengadu
sungguh ku tak layak untuk ke syurgaMu
juga ku tak sanggup untuk ke nerakaMu
Titipkanlah harapan dan sinar untukku
supaya diri ini terus istiqamah
dalam melaksanakan segala perintahMu
dan meninggalkan laranganMu
Ku berharap HidayahMu itu
dapat ku kongsikan dan ku tebarkan untuk ummah ini

Bismillahirrahmanirrahim..
Bersukur kepada Allah setelah sekian lama penantian yang dinantikan...akhirnya peserta R2J4 berjaya juga melunaskan hasrat mereka untuk ke Jawa...kami warga ikhlas GEN-11 mengucapkan selamat bermusafir dan salam perjuangan buat ahli ikhlas gen-11 yang mengikuti program R2J4...
Moga pemergian kalian beroleh manfaat yang besar dan dapat digunakan apabila pulang nanti untuk kemaslahatan ummah demi meninggikan lagi kalimah Allah di muka bumi ini
Berikut nama ahli ikhlas gen 11 yang ikut program R2J4 :
IKHWAH
1.ABBAS
2.IRFAN MASIRI
3.IRFAN HISHAM
4.WAZIEN
5.NU'MAN
6.DANIAL
AKHAWAT
1.NIDA UL HANI
2.HUDA
3.SYIFA'
rasanya tu saje yang pergi dari ahli ilkhlas gen-11
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Alhamdulillah..baru sebentar tadi penulis sempat menunaikan solat di masjid dan hari ini di masjid yang berdekatan dengan rumah ini ada kuliah hadis..Semasa duduk-duduk tu tengok keadaan sekeliling dan rasa sedikit kecewa...kenapa saya kecewa tetiba???
Penulis sedikit kecewa kerana sering kali bila hadir ke masjid kebiasaannya kurang yang hadirnya dari kalangan pemuda(syabab) kerana pemuda adalah tiang kebangkitan ummah dan salah satu dari golongan yang akan dinaungi arasy Allah di akhirat kelak
Justeru,masa kuliah hadis ini ada beberapa perkara yang menarik hati penulis...
Ustaz tu cakap antara ciri-ciri wali Allah adalah mereka yang istiqamah dalam amalan fardhu dan sunat..konsep istiqamah yang perlu kita faham adalah setiap hari amal kita bukan sama sahaja tapi setiap hari kita upgrade amal kita walaupun sedikit..itulah maksud sebenar istiqamah..tapi terfikir jugak kita ni kadang-kadang amalan fardhu dan sunat ni banyak sangkut-sangkut..bilalah nak ubah sikap kita ni dan miliki sifat-sifat hamba yang sentiasa bertaqarrub kepada Allah..
Selain itu,ustaz tu pun cakap dekat dalam sebuah gereja ada satu bilik khas yang berkunci dan tidak boleh dimasuki melainkan paderi mereka yang paling tinggi..bile disingkap rahsia bilik tu sebenarnya menempatkan kitab suci umat Islam iaitu al-Quran..buat apa mereka simpan kitab suci kita tu??semestinya mereka kaji al-Quran untuk hancurkan umat ISlam..hebatkan mereka siap kaji al-Quran lagi(tak payah cite pasal Bible lah)
Tapi lain pula dengan kita umat Islam yang pegangan al-Quran nya entah ke mana..ke jadikan al-Quran tu sebagai perhiasan je dekat rumah..lagilah tak payah cerita pasal Bible atau nak hancurkan musuh Allah..tepuk dada tanya iman wahai saudaraku sekalian..
Selepas itu, ustaz tu pun cakap yang orang yang paling banyak ilmu sekarang ini adalah orang yahudi yang tinggal dekat Iran..kalau nak tahu orang ini ada 17 sijil PHD..fuhh hebat betol manusia ini..kita nak menghabiskan belajar sampai SPM pun macam apa..
Jadinya bilalah umat Islam ini nak bangkit kalau sikap kita masih lagi begini
1)Jauh dari Tuhan sendiri
2)Malas mengkaji perlembagaan dan pegangan yang diiktiraf satu dunia lebih-lebih lagi musuh Allah
3)Tidak cinta akan ilmu bahkan rasa meluat dan bosan bila sebut pasal belajar
Bangkitlah generasi pemuda-pemudi Islam..kita semua adalah harapan ummah untuk memperbaiki keadaan yang makin parah dan mengembalikan semula kegemilangan Islam

Mulailah dengan memperbaiki diri kita semua ke arah yang lebih baik dan perlahan-lahan kita cuba untuk memperbaiki orang di sekeliling kita dan akhirnya akan wujudlah sebuah masyarakat yang benar-benar faham Islam dan menjalani kehidupan berdasarkan manhaj Islam serta sekaligus merampas semula hak kita umat Islam iaitu hak hakimiah Allah yang sudah lama tidak dijalankan di muka bumi Allah
Ingat wahai saudaraku tugas ini adalah tugas ini(dakwah) adalah tugas kita bersama dan ia merupakan suatu kewajipan kita semua untuk menyedarkan masyarakat kearah mengembalikan manusia kepada mentauhidkan Allah..tiada yang terkecuali..
p/s:minta maaf kepada semua andai bahasa dan gaya penulisan yang digunakan tidak mengikuti syarat-syarat dan kriteria-kriteria sebuah penulisan yang baik
Ku biarkan kalam berbicara
Ku biarkan pena merungkai kata-kata
Ku biarkan minda mentafsir segalanya
Tuhan,
Kau Maha Agung
Hamba ini lemah lagi hina
Sering bergelumang dengan dosa
Kasih sayangMu sangat luas
Hingga hamba bisa menikmati segalanya
Namun sedikit sekali ku bersyukur
Tuhan
Ku tidak mampu menghadapi dunia ini
Begitu berat ujian yang menimpa
Begitu mencabar iman ini diuji
Begitu kuat Kau mendugai hamba
Semakin hampir ku padaMu
Semakin sukar untuk ku lalui jalan ini
Semakin kuat Kau menagih kasih hamba
Semakin mengganas syaitan durjana
merobek satu-persatu perisai iman
Sehingga
Hampir ku rasakan
diri ini hanyut dengan dunia
leka dan lalai dengan keseronokan dunia
Tuhan
Bantulah hambamu kembali kepadaMu
Kembali ke pangkal jalan
Kembali mendaulatkan syariatMu
Kembali menjunjung sunnah Rasulullah
Berilahku kekuatan untuk hadapi semua ini
Terlalu kuat untukku hadapinya sendirian
Tanpa RahmatMu siapalah hamba ini
Ku bersyukur ya Tuhan
Kerana diberi kesedaran
Kerana diketuk pintu hati ini
Untuk segera kembali kepadaMu
Tetapkanlah hati hambaMu ini
Oh Tuhan...
wazynn_sam9592@yahoo.com..
wallahu'alam
IKHLAS adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.
Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas.
Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, automatik, ikhlasnya terbatal.
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas: Membantu seseorang sambil berkata,
"Ambillah, saya ikhlas…"
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak.
"Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak.."
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, "Yang ikhlas." "Yang Benar."
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang-siang lagi terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri.
Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
Erti Ikhlas
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah: kerana suruhan-Nya kerana keredhaan-Nya kerana arahan-Nya kerana mentaati-Nya kerana patuh pada-Nya
Jadi, perkara di atas adalah dari sebab atau kerana-Nya yang satu, tujuan
satu, dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Abdikan diri kerana Allah,
tidak dicampur atau bercampur selain Allah - itulah ikhlas - dorongannya
satu.
Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan - maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.
Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai "kerana-kerana" yang selain dari "kerana Allah".
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah - lebih-lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati dibiar dan terbiar.
Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs - kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
- awal
- pertengahan
- akhir
Kerosakan awal contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata:
"Inilah masanya nak jadi popular" "Aku akan jadi terkenal…" "Dengan ceramah ini dapatlah duit poket."
Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahan pula contohnya niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata: "Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis."
Kerosakan akhir pula contohnya niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata: "Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis."
Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai yang mendengar ceramah tersebut juga tidak berubah sebab hati sudah cacat. Mereka memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhuk, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.
Wallahu'alam